• Barisan Pentadbir SMK Jalan Reko bergambar di Dataran Cendekiawan semasa meraikan persaraan GKMP Kemanusiaan, Pn. Norhayati Binti Ibrahim pada 30 September 2022 yang lalu.
  • Pasukan Rumah Sukan Suria menerima trofi kejuaraan Kejohanan Olahraga 2022 daripada Pn. Pengetua. Kejohanan kali ini diadakan di Stadium MPKj Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
  • Ada 14 elemen yang terkandung dalam konsep Sekolahku Sejahtera ialah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi
  • Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 14 Oktober 2022. Murid-murid dan para guru berarak masuk dari pagar utama sekolah sambil berselawat dan membawa sepanduk.
  • Program Sehari D'Reko merupakan gabungan pelbagai aktiviti yang berlaku pada hari tersebut seperti Hari Koperasi, Hari Kokurikulum, Hari Bicara Akademik, PPKI D'Hati dan bermacam-macam lagi acara yang dijalankan sepanjang hari.

Saturday 3 December 2022

Selamat Datang 2 GKMP Baharu

 

Pada awal November 2022 yang lalu, 2 orang GKMP telah melaporkan diri ke SMK Jalan Reko untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Pn. Norhayati Binti Ibrahim (bersara) dan Pn. Wan Shafini Binti Wan Daud (pindah).

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan En.Ismarizal Bin Nor Khalim selaku GKMP Bahasa dan Pn. Zunita Binti Kamsan selaku GKMP Kemanusiaan yang baharu di SMK Jalan Reko. Kami berharap kedua-dua GKMP yang baharu ini selesa dan dapat menyesuaikan diri di sekolah ini. Semoga kedua-duanya akan memberi khidmat bakti yang cemerlang kepada SMK Jalan Reko. Selamat Datang dan Selamat Bertugas cikgu!

Thursday 1 December 2022

MAJLIS APRESIASI 2022


Pada hari Selasa, 29 November 2022 SMK Jalan Reko telah mengadakan Majlis Apresiasi 2022 bertempat di Dataran Cendekiawan sekolah. Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan ketibaan para tetamu kehormat serta barisan pentadbir. Majlis ini diadakan untuk meraikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Kurikulum, HEM dan Kokurikulum.

Majlis ini bermula dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya, Pengetua SMK Jalan Reko, Pn. Maimun Binti Mohemed telah memberikan ucapan pembukaan. Selepas itu, majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua PIBG, En. Muhamad Nasron Bin Muhamad Nasir.

Ucapan pembukaan oleh Pengetua SMK Jalan Reko, Pn. Maimun Binti Mohamed

Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG SMK Jalan Reko, En. Muhamad Nasron Bin Muhamad Nasir.




Murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik atau murid yng menunjukkan kepimpinan yang tinggi serta murid yang hebat dalam bidang sukan dan persatuan telah diberi penghargaan oleh pihak sekolah.

Anugerah Permata Kejora (Aliran Sains), Nur A’in Safieya binti Ahmad Alauddin
 
 
 
Anugerah Ikon HEM, Anis Balqish Binti Ahmad
 
 
Anugerah Bintang Kokurikulum (Lelaki), Muhammad Umar Bin Nor Adzrin


Diharapkan semoga anugerah ini akan memberi lonjakan semangat dan motivasi kepada murid-murid lain untuk menonjolkan potensi diri dalam bidanh akademik, ko-kurikulum mahu pun kepimpinan. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK majlis, para tetamu, ibu bapa dan murid yang sama-sama memeriahkan dan menjayakan acara ini.